TEORI PERLAKUAN PENGGUNA






BAHAGIAN A



2002





1. Utiliti sut merujuk kepada



A. perubahan utiliti akibat perubahan penggunaan

B. perubahan utiliti akibat perubahan satu unit penggunaan

C. perubahan penggunaan akibat tambahan satu unit utiliti

D. perubahan utiliti akibat perubahan permintaan di pasaran



2. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti dengan jumlah utiliti

penggunaan barang X dan barang Y.



Kuantiti (unit) 1 2 3 4 5 6 7

Jumlah utiliti X 32 66 90 102 105 105 103

Jumlah utiliti Y 30 54 72 84 90 90 87



Jika pendapatan tidak terhad, berapakah jumlah utiliti maksimum yang akan

diperoleh pengguna itu?



A. 195

B. 190

C. 186

D. 162



3. Seorang pengguna menghadapi keadaan yang berikut, iaitu

MUX/PX › MUY/PY › MUZ/PZ dengan MUX, MUY, dan MUZ masing-masing

adalah utiliti sut daripada penggunaan barang X, barang Y, dan barang Z. PX,

PY, dan PZ masing-masing adalah harga barabg X,Y, dan Z. Apakah yang

perlu dilakukan oleh pengguna untuk memaksimumkan kepuasannya?



A. Mengurangkan penggunaan barang Y sahaja

B. Menambahkan penggunaan barang X dan Y, dan mengurangkan penggunaan barang Z

C. Menambahkan penggunaan barang Y dan Z, dan mengurangkan penggunaan barang X

D. Mengurangkan penggunaan barang X dan Y, dan menambahkan penggunaan barang Z







4. Lebihan pengguna sama dengan sifar apabila



A. keanjalan keluk penawaran adalah sifar

B. keanjalan keluk permintaan adalah sifar

C. keanjalan keluk permintaan adalah infiniti

D. kedua-dua keluk permintaan dan penawaran adalah uniti





2003





5. Yang manakah boleh diperoleh daripada keluk utiliti sut?



A. Keluk kos sut

B. Keluk hasil sut

C. Keluk permintaan induvidu

D. Harga pasaran sesuatu barang



6. Gambar rajah di bawah menunjukkan keadaan pasaran barang X.



Harga (RM)

S2

12.00 S1



7.00



4.00 S2





S1

Kuantiti (unit)

10 16 D



Jika keluk penawaran beralih dari S1S1 ke S2S2, berapakah lebihan pengguna

yang hilang?



A. RM9.00

B. RM25.00

C. RM30.00

D. RM39.00













2004





7. Antara yang berikut, yang manakah yang tidak berkaitan dengan konsep

lebihan pengguna?



A. Perbezaan antara jumlah utiliti dengan jumlah nilai pasaran

B. Perbezaan antara utiliti yang diperoleh dengan apa yang dibayar

C. Perbezaan antara utiliti yang diperoleh dengan pendapatan pengguna

D. Perbezaan antara apa yang sebenarnya pengguna bayar dengan apa yang sepatutnya pengguna ingin bayar



8. Hukum utiliti sut berkurang menyatakan



A. lebih banyak barang yang diperoleh semakin rendah jumlah utiliti

B. jumlah utiliti berkurang apabila semakin banyak barang digunakan

C. tambahan utiliti berkurang apabila semakin banyak barang digunakan

D. utiliti maksimum dicapai apabila pengguna berhenti daripada terus menggunakan barang tersebut.





2005







9. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti baju dan harga yang sanggup dibayar

oleh seorang pengguna.



Kuantiti baju (unit) Harga (RM)

1

2

3

4

5

6

7

8 15.00

14.00

13.00

12.00

11.00

13.00

9.00

8.00



Berdasarkan jadual di atas, berapakah lebihan pengguna jika harga pasaran

ialah RM10.00?



A. RM5.00

B. RM10.00

C. RM15.00

D. RM20.00



2006





10. Pengguna yang membeli hanya satu jenis barang akan mencapai

keseimbangan apabila



A. Jumlah utiliti per ringgit adalah maksimum

B. Utiliti sut per ringgit adalah sama

C. Utiliti sut sama dengan harga

D. Utiliti sut adalah maksimum



11. Gambar rajah di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta oleh

pengguna terhadap suatu barang.



Harga (RM)

D

8.00



6.00



4.00



2.00 D



0 1 2 3 4 5 Kuantiti (unit)





Sekiranya harga barang berkenaan di pasaran ialah RM3.00 per unit,

berapakah lebihan pengguna?



A. RM32.00

B. RM16.00

C. RM12.00

D. RM10.00

























2007







12. Jika utiliti sut per ringgit barang X lebih kecil daripada utiliti sut per ringgit

barang Y. pada tingkat pendapatan tertentu, pengguna boleh

memaksimumkan utilitinya dengan



A. mengekalkan kuantiti X dan mengurangkan kuantiti Y

B. mengurangkan kuantiti X dan mengekalkan kuantiti Y

C. mengurangkan kuantiti X dan menambahkan kuantiti Y

D. menambahkan kuantiti X dan mengurangkan kuantiti Y



13. Jadual di bawah menunjukkan utiliti sut barang P dan barang Q seorang

pengguna.



Kuantiti (unit) Utiliti sut barang P Utiliti sut barang Q

1

2

3

4

5

6

7 20

14

10

8

5

2

1 34

30

22

14

10

6

2



Jika harga barang P ialah RM1.00 dan harga barang Q ialah RM2.00, dengan

jumlah perbelanjaan sebanyak RM15.00, berapakah jumlah utiliti pengguna

tersebut untuk mencapai keseimbangan?



A. 100

B. 134

C. 167

D. 178



























2008







14.Dalam gambar rajah di bawah, DD ialah keluk permintaan bagi barang X.



Harga (RM)





10.00





4.00









0 12 20 Kuantiti (unit)



Jika harga barang X ialah RM4.00 per unit, berapakah jumlah lebihan

pengguna?



A. RM32.00

B. RM36.00

C. RM48.00

D. RM72.00







2009







15. Dalam kes memilih satu barang, keseimbangan pengguna dicapai apabila



A. jumlah utiliti menjadi maksimum

B. jumlah utiliti sama dengan harga

C. utiliti sut sama dengan harga

D. utiliti sut sama dengan sifar















16. Jadual di bawah menunjukkan jumlah utiliti yang diperoleh oleh seorang

pengguna daripada penggunaan barang Z.



Kuantiti barang Z

(unit) Jumlah utilityi

(util)

1

2

3

4

5

6

7 24

44

60

72

80

84

84



Sekiranya harga barang Z ialah RM4.00 per unit, berapakah kuantiti barang Z

yang dapat memaksimumkan utiliti?



A. 3 unit

B. 4 unit

C. 5 unit

D. 6 unit



17. Keluk permintaan individu mencerun ke bawah dari kiri ke kanan kerana

pertambahan penggunaan barang akan menyebabkan utiliti sut per ringgit



A. menurun

B. meningkat

C. menjadi sifar

D. mencapai maksimum





































BAHAGIAN B





2002





2003

.



1. (a) Nyatakan dua syarat keseimbangan pengguna yang menggunakan barang

X dan barang Y. (2)



(b) Terangkan secara ringkas tindakan pengguna sekiranya berlaku penurunan

harga barang X. (4)





2004





2. (a) Takrifkan lebihan pengguna (2)

(b) Dengan memberikan contoh berangka, terangkan bagaimana lebihan

pengguna dihitung. (4)







2005







3. (a) Terangkan maksud lebihan pengguna. (2m)

(b) Dengan memberikan contoh berangka, terangkan bagaimana lebihan pengguna dihitung. (4m)





























2006





4. Jadual di bawah menunjukkan jumlah utility yang diperoleh oleh Encik X

daripada kuantiti coklat yang dibeli. Jumlah perbelanjaan Encik X ialah RM

12.00 dan harga per unit coklat ialah RM 3.00





Kuantiti coklat (unit) Jumlah utility

0

1

2

3

4

5

6

7

8 0

6

11

15

18

20

21

21.50

21.20



Terangkan sama ada Encik X akan memaksimumkan utilitinya pada tingkat

penggunaan coklat sebanyak



(i) 6 unit (3)

(ii) 3 unit (3)



2007





2008





5. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan terhadap lebihan

pengguna telefon bimbit jika berlaku



(a) perkembangan teknologi pengeluaran telefon bimbit, (3m)

(b) kenaikan kos pengeluaran telefon bimbit. (3m)







2009







2010





BAHAGIAN D





2002





2003





1. Jadual di bawah menunjukkan utiliti sut barang X dan barang Y seorang

pengguna.



Kuantiti X

(unit) Mux Harga X

(RM) Mux

Px Kuantiti Y

(unit) Muy Harga Y

(RM) Muy

Py

1 10 6 10

6 1 7 4 7

4

2 8 6 8

6 2 6 4 6

4

3 6 6 6

6 3 5 4 5

4

4 4 6 4

6 4 4 4 4

4

5 2 6 2

6 5 3 4 3

4

6 1 6 1

6 6 2 4 2

4



(a) Nyatakan kuantiti barang X dan kuantiti barang Y pada tingkat

keseimbangan. (2)



(b) Berdasarkan jadual yang diberi di atas, bina jadual yang menunjukkan

kuantiti barang Y dan kuantiti barang X yang diminta pada tingkat

harga barang Y RM 6.00, RM 4.00, dan RM 2.00. (6)



(c) Dengan menggunakan kertas graf lukiskan keluk permintaan barang Y

(2)









2004











2005







2. Jadual di bawah menunjukkan jumlah utiliti sut bagi dua jenis barang pada

setiap jumlah kuantiti yang dibeli.



Kuantiti (unit) Utiliti sut buku Utiliti sut pakaian

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10 260

230

210

180

160

120

90

80

60

50 300

260

240

200

160

130

100

80

70

50



Jika harga buku ialah RM 15.00 dan harga pakaian RM 30.00



(a) hitung utiliti sut per ringgit (RM) bagi buku dan pakaian. (4m)



(b) pada tingkat keseimbangan pula, nyatakan kuantiti buku dan pakaian

yang dibeli oleh seorang pengguna jika pendapatannya RM 180.00

(3m)



(c) hitung jumlah utility yang diperoleh pada tingkat keseimbangan. (3m)





































2006







3. Jadual di bawah menunjukkan jumlah utiliti barang X dan barang Y bagi

seorang pengguna.



Kuantiti X (unit) Jumlah utiliti X Kuantiti Y (unit) Jumlah utiliti Y

1

2

3

4

5 40

72

96

112

124 1

2

3

4

5 32

60

84

104

120





Harga per unit X ialah RM4.00, harga per unit ialah RM2.00, dan pendapatan

pengguna ialah RM18.00.



(a) Bina jadual yang menunjukkan utiliti per ringgit bagi barang X dan utiliti per

ringgit bagi barang Y. (4m)



(b) Berapakah kuantiti barang X dan barang Y pada tingkat keseimbangan? (2m)



(c) Hitung jumlah utiliti yang diperoleh oleh pengguna pada keseimbangan. (2m)



(d) Jika harga X berubah menjadi RM2.00, nyatakan kombinasi baru yang

memenuhi syarat keseimbangan. (2m)









2007







2008





















2009







4. Jadual di bawah menunjukkan utiliti sut barang X dan utiliti sut barang Y

seorang pengguna.



Kuantiti

(unit) Utiliti sut

Barang X Utiliti sut

Barang Y

1

2

3

4

5 60

48

36

24

12 80

68

48

32

16



Andaikan pendapatan pengguna ialah RM20.00. Harga barang X ialah RM2.00 dan harga barang Y ialah RM4.00.



(a) Hitung utiliti sut per ringgit bagi barang X dan barang Y. (2m)



(b) Berapakah kuantiti barang X dan barang Y yang memaksimumkan utiliti?

(2m)



(c) Jika harga barang X meningkat sebanyak RM2.00,

(i) hitung utiliti sut per ringgit bagi barang X, (1m)

(ii) nyatakan kombinasi barang X dan barang Y yang baharu yang

memenuhi syarat keseimbangan. (1m)

(iii) bina jadual permintaan barang X, (2m)

(iv) hitung keanjalan silang bagi barang Y apabila harga barang X

meningkat. Nyatakan hubungan antara barang X dengan barang Y.

(2m)